Hong Kong: Kepala model Hong Kong, Abby Choi yang dibunuh kejam ditemui dalam periuk sup di dalam sebuah rumah di daerah Tai Po luar bandar Hong Kong

Terdahulu, polis menemui dua periuk yang mengandungi sup dan bahagian badan manusia, beberapa hari selepas pembunuhan kejam itu berlaku.

Siasatan polis mengesahkan bahawa mereka menemui kepala dan rusuk di dalam salah satu daripada periuk besar itu yang mereka ambil pada Jumaat dari dalam sebuah rumah di mana dia dikatakan telah disembelih.

Kepala dan tulang rusuk itu dipercayai milik Choi, kata mereka, tetapi ujian DNA diperlukan untuk mengesahkannya.

Kedua-dua periuk itu diisi hampir penuh dengan sup dan daging cincang dipercayai sisa manusia. Terdapat juga lobak merah dan lobak hijau di dalamnya.

Periuk-periuk itu dibawa ke rumah mayat pada Sabtu dan pada Ahad, pakar forensik mula meneliti kandungannya.

Ketika itulah mereka menemui kepala dan rusuk, dan dipercayai seseorang cuba memukul kepala mangsa menurut satu laporan media.

Polis meneruskan usaha mencari bahagian badan yang masih hilang, termasuk tangan dan tubuhnya.

Sebahagian daripada mayat mangsa berusia 28 tahun itu – kakinya ditemui dari peti sejuk pada Jumaat.

Alat penghiris daging, gergaji elektrik, tukul, pelindung muka dan baju hujan hitam turut ditemui di tempat kejadian.

  • HM

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *