Terdahulu, di Kilang Pengeluar terbesar Tuna dalam tin iaitu Bumblebee Foods di Los Angeles USA telah mengupah penyelenggara yang dikenali sebagai Jose Melena, 62 tahun untuk menyelenggara mesin pemasak tuna skala industri pada kilang tersebut.

Kilang itu mempunyai banyak unit pemasak bertekanan tinggi yang mampu memasak tuna dalam tin sebanyak 6 tan sekaligus, mesin itu dapat memasak dalam masa yang singkat dalam kuantiti yang banyak.

VIA google

Di Tutup Pintu Mesin Kerana Tiada Orang

Sebagai seorang pelenggara, Jose memasuki silinder pemasak itu yang jauh keberadaannya di belakang bagi memerhati jika terdapat sebarang kerosakkan pada mesin tersebut.

Terdapat beberapa petugas yang hadir disitu,yang ditugaskan untuk memasukkan tuna kedalam pemasak silinder itu. Salah satu petugas menganggap Jose pergi ke tandas kerana tidak melihat keberadaan Jose pada tempat yang berhampiran. Lalu dia memasukkan tuna ke dalam pemasak dan menutup pintu silinder itu tanpa menyedari yang sebenarnya Jose berada di dalam mesin itu.

VIA google

Jose sudah pasti meronta-ronta di dalam mesin berkenaan kerana pemasak skalabesar industri itu memasak 6 tan tuna pada suhu 130 celcius pada tekanan tinggi. Apabila penyelia kilang itu menyedari ketiadaan Jose, dia membuat pengumuman menggunakan pembesar suara untuk memanggil Jose.

Setelah dua jam josh dimasak bersama pemasak tuna itu, penyelia kilang baru menyedari apabila Josh ada di dalam silinder tersebut. Pihak polis dipanggil dan pasukan penyiasatan tiba, mereka menemui jasad Josh yang dimasak hidup-hidup di belakang silinder itu.

Syarikat terbabit telah disaman oleh ahli keluarga mendiang berjumlah RM6.6 Juta dan RM3.3 juta untuk pelanggaran etika keselamatan pekerjaan. Selepas kejadian tersebut, syarikat terbabit telah menaik taraf oven terbaru dengan sistem keselamatan berjumlah RM13.3 juta.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *