Fenomena lagu Casablanca menyaksikan muzik video lagu tersebut kini mencecah lebih enam juta tontonan setakat ini.

Tidak cukup dengan itu, lagu nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin ini juga sering kali digunakan di aplikasi Tik Tok dan menerima permintaan yang sangat tinggi.

Bukan hanya di Malaysia, negara jiran iaitu Indonesia juga turut memberikan sambutan yang cukup hangat dengan lagu Casablanca ini.

Namun baru-baru ini, kenyataan dari sebuah portal hiburan Indonesia telah membangkitkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen di Malaysia.

Menerusi perkongsian di akaun Tik Tok itu, mereka menyangka lagu tersebut dinyanyikan oleh penyanyi mereka sendiri memandangkan lirik lagu itu yang kedengaran seperti bahasa Indonesia.

“Menurut kalian itu bahasanya kebetulan emang mirip atau gimana guys?”

Kenyataan tersebut yang seakan-akan mahu ‘claim’ lagu viral itu sebagai lagu mereka turut mengundang rasa tidak puas hati netizen. Malah kebanyakan netizen memberitahu bait lagu yang digunakan langsung tidak kedengaran seperti bahasa Indonesia seperti yang dikatakan oleh portal hiburan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut berkongsikan reaksi mereka melihat kenyataan yang dikongsikan itu. Dalam masa yang sama, rata-rata netizen menegaskan bait lagu Casablanca menggunakan bahasa Malaysia dan tiada kena mengena dengan negara seberang seperti yang didakwa.

“Dia cakap kekasihku bang, bukan pacarku.”

“Dia expect dialek malaysia ni denyut jentungku berdeber terese indehnye dunie ini kite yeng punye…”

“Sejak bila pulak ada bahasa Indonesia kat lagu ni. Ke telinga aku yang dah tak boleh beza.”

“Asal lagu viral je depa punya hahaha.”

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.