Netizen meluahkan rasa kecewa dan tidak percaya mereka di media sosial terhadap pembebasan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi daripada tuduhan rasuah berhubung kontrak sistem visa luar negara (VLN).

Zahid menjadi “trending” di Twitter, dengan lebih 12,000 hantaran menyebut bekas timbalan perdana menteri itu.

Seorang pengguna @shieranism berkata: “Zahid bebas? Serius? ‘What the fish’”.

Seorang lagi pengguna dengan nama @adelkamall, menyatakan betapa bagusnya peguam Zahid.

Pengguna, @YbSadik berkata ia adalah berita yang “membimbangkan”. “Apa pun, harap Zahid tidak terlalu gembira. Saya percaya yang paling buruk masih belum datang untuknya,” kata @YbSadik, merujuk kepada perbicaraan pengubahan wang haram dan pecah amanah Zahid.

Seorang lagi pengguna dengan nama @datukhensem, menyindir bahawa jika penyokong Umno boleh menerima keputusan mahkamah ke atas Zahid, mereka perlu menerima keputusan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak, yang baru-baru ini dipenjarakan selepas kalah dalam rayuannya dalam kes SRC International.

Seorang pengguna dikenali sebagai shanghaifish membuat hantaran, seorang lelaki dibebaskan “untuk menyelamatkan orang lain daripada kutukan”.

“Sistem keadilan apakah ini? Bangsa yang tidak tahu malu dan korup.”

Zahid, 69, bebas daripada 40 tuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk menyambung kontrak berkaitan sistem visa luar negara (VLN).

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Yazid Mustafa memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap presiden Umno itu.

Zahid, 69, didakwa atas 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ketika menjadi menteri dalam negeri, untuk menyambung kontrak firma itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan sistem VLN, serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.

Dia juga didakwa atas tujuh lagi tuduhan memperoleh untuk dirinya SGD1.15 juta; RM3 juta; 15,000 franc Swiss; dan USD15,000 daripada syarikat sama berkaitan dengan tugas rasminya. FMT

TENKIU

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.