Berikutan penularan beberapa foto Neelofa dan beberapa selebriti lain dipercayai menjadi punca SOP Rentas semasa PKP diperketatkan oleh PDRM.

Pihak berkuasa mula mengenakan syarat tertentu kepada semua warga berikutan penyalahgunaan surat kebenaran rentas yang dikeluarkan.

Penularan beberapa foto Neelofa dan beberapa selebriti lain dipercayai menjadi punca SOP Rentas semasa PKP diperketatkan oleh PDRM.

Antara syarat tambahan dikenakan ialah mereka yang memohon kebenaran rentas dikehendaki memberikan bukti aktiviti sepanjang tempoh kebenaran yang diberikan.

Rakyat yang benar-benar memerlukan perjalanan merentas sudah pasti mengeluh dengan penambahan syarat permohonan.

Terdahulu ada beberapa selebriti yang sengaja menaikmuat foto mereka ‘bergembira’ setibanya di lokasi kononnya atas alasan kerja.

Neelofa pula dipercayai antara artis yang mendapat kebenaran rentas selepas melangsungkan perkahwinannya dengan PU Riz.

Beliau juga menaikmuat foto momen ‘manis’ bersama suami di Langkawi dan ramai mempertikaikan bagaimana beliau memperolehi kebenaran tersebut.

Di media sosial pula, netizen mula menyalahkan artis, instafamous dan selebriti yang mempamerkan foto mereka yang berjaya merentas tetapi menggunakan alasan kerja.

Apabila disiasat netizen, ternyata mereka (artis, instafamous & selebriti) bukan melakukan kerja tetapi sebaliknya hanya bersuka-ria sekaligus menimbulkan kemarahan netizen yang selama ini mematuhi arahan PKP.

Seeloknya pihak berkuasa turut menyiasat samada golongan ini secara sengaja menyalahgunakan kebenaran merentas yang diberikan dan mengambil tindakan tegas jika berlaku pelanggaran kebenaran yang diberikan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.