KUANTAN – Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun dari Bentong kerugian RM61,500 selepas diperdaya teman lelakinya yang dikenali melalui laman sosial Facebook sejak April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, selepas menjalin cinta hampir sembilan bulan, mangsa dihubungi teman lelakinya bernama Kelvin untuk meminjam wang RM100,000.

Menurutnya, suspek berjanji akan memulangkan kembali wang itu.

“Mangsa memasukkan wang berjumlah RM61,500 ke akaun bank atas nama individu lain yang diberikan suspek melalui empat transaksi di kaunter sebuah bank di Bentong.

“Semalam (Jumaat), mangsa datang semula ke bank berkenaan untuk memasukkan baki wang yang dipinjam suspek, namun bernasib baik apabila pihak bank curiga dengan nombor akaun yang digunakan itu sebelum mendapati ia milik scammer,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Bentong pada Jumaat selepas menyedari ditipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.