Tahniah diucapkan kepada selebriti terkenal, Neelofa yang sah bergelar isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail dengan sekali lafaz.

Majlis berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur itu hanya dihadiri keluarga serta rakan karib. Pasangan itu dinikahkah adik lelaki Neelofa, Mohd. Aqief Mohd. Noor kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Dalam majlis serba indah itu, Neelofa menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin daripada pihak lelaki. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua-dua belah mempelai.

Difahamkan majlis yang bertemakan Jabal Rahmah itu turut dihadiri tetamu yang memakai sepersalinan berwarna putih sesuai dengan kesucian sesebuah majlis pernikahan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.