Nasib seseorang berbeza beza. Org miskin disuruh menjaga kesihatan mengikut SOP… tapi bila PKP bagaimana, mahu membeli ‘mask’ pun mereka tidak mampu. Sebab itu ketua keluarga mereka memohon dibenarkan mereka berniaga dan bekerja utk mencari RM 20-30. Mereka bukan mahu menjadi kaya tapi mereka sekadar mahu membeli makanan utk anak2 mereka keesokan harinya.

Jika kita menutup ekonomi yg berniaga kecil kecilan hilang sumber pendapatan. Yg bekerja di warung2 sebagai pencuci pinggan tiada sudah pekerjaan. Jadi bagaimana mereka ingin menjaga kesihatan sdgkan tiada apa yg hendak dimakan. Ingat … mereka ini lebih rela mati kerana sakit daripada mati kelaparan.

Kalian yg menutup ekonomi ini gaji puluhan ribu. Side income barangkali puluhan juta. Tutup tidak tutup ekonomi kalian tetap ada makanan utk 50 tahun lagi hingga ke anak cucu. Kalian masih boleh bercuti ke luar negara dan shopping sana sini. Anak2 kalian masih boleh menunjuk nunjuk kemewahan di IG atau Tik Tok.

Jadi kpd kawan2 kalau bukan utk diri kita… tulislah dan pejuangkanlah nasib org2 miskin kerana itu juga yg dituntut agama. Org2 kaya tidak perlu dibela… Jika kita diam mereka yg susah ini mungkin ada yg mati kelaparan. Jiwailah keperitan kehidupan org lain.

Semoga penulisan kalian membela org2 yg dlm kesusahan akn mendapat pahala sedekah di sana nanti. Ameen. Jgn asyik mendongak ke langit dan asyik mengejar dunia ini…Utk menginsafi dan rasa bersyukur lihat org yg susah… jgn selalu duduk dgn org2 yg kaya sahaja takut nanti kita terlupa ada anak2 kecil yg kelaparan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.