Memetik laporan Daily Mail, dua wanita yang berasal dari Florida itu mendaftar secara online bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Walau bagaimanapun, mereka didapati menipu dengan menyatakan umur mereka adalah lebih 65 tahun.

Semasa mereka datang ke tempat pemberian vaksin, kedua-dua wanita berkenaan dilaporkan memakai penyamaran untuk menggaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, ia tidak berjaya selepas pegawai kesihatan memeriksa kad pengenalan mereka dan mendapati wanita-wanita itu sebenarnya berusia 34 dan 44 tahun.

Tapi, apa yang peliknya, kedua-dua wanita ni ada bawa kad CDC yang menyatakan mereka berdua dah pun mendapat dos pertama vaksin. Mungkin pekerja dekat tempat pertama tu tak check kad pengenalan diorang.

Pakai baju macam nenek-nenek

Difahamkan, ketika kedua-dua wanita itu datang ke pusat pemberian vaksin berkenaan memakai pakaian seperti warga emas.

Salah seorang daripada mereka memakai seperti shower cap, kardigan labuh, face mask dan face shield. Manakala, seorang lagi pula hanya membiarkan rambutnya lepas dan memakai t-shirt watak Mickey Mouse.

Selepas polis tiba di lokasi, kedua-dua wanita itu teruk ‘diceramah’ pegawai polis kerana bersikap tidak jujur dan mementingkan diri.

Pun begitu, kedua-dua wanita itu dilaporkan tidak ditahan tetapi tidak lagi dibenarkan untuk berada di kawasan terbabit walaupun untuk meletakkan kereta.

Kes terbabit kini dalam siasatan polis Orange County berdekatan Orlando.

Insiden berkenaan juga dibincangkan oleh Dr Raul Pino dari Bahagian Kesihatan Florida. Beliau juga memberi amaran kepada orang awam untuk tidak melakukan penipuan bagi mendapatkan vaksin COVID-19.

Sumber: Daily Mail

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *