
Menarik juga melihat bagaimana Hakim Datuk Nor Bee Ariffin menggunakan penyelesaian 10 perkara (10-point solution) yang membenarkan penganut Kristian mencetak, mengimport dan menggunakan Kitab Injil berbahasa Melayu/Indonesia yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri pada 2 April 2011 bagi menyokong keputusan beliau untuk membenarkan kalimah ‘Allah’ digunakan oleh penganut Kristian.
Kata Datuk Nor Bee, jika penyelesaian 10 perkara ini dilaksanakan maka pertikaian ini tidak akan sampai ke mahkamah kerana Kitab Injil berbahasa Melayu/Indonesia ini memang menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalamnya, tetapi malangnya penyelesaian 10 perkara ini tidak menyertakan bersamanya penarikan balik arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 5 Disember 1986 yang menjadi pertikaian di mahkamah sekarang.
Bila disemak balik maka terbuktilah hujah ini juga yang digunakan oleh para pemimpin DAP bila timbul pertikaian berkaitan isu ini sebelum ini, iaitu kegagalan Datuk Seri Najib Razak melaksanakan penyelesaian 10 perkara yang beliau umumkan pada 2 April 2011 itu.
Kita biarlah saja dulu para pemimpin DAP merayakan kemenangan mereka tatkala Muafakat Nasional dan Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan kenyataan mereka.
Masa sama kita lihat juga bagaimana para penyokong kuat Datuk Seri Najib Razak menangani pihak-pihak yang mula menyalahkan Datuk Seri Najib Razak 😁
Dari FB: Prof Dr Kamarul Zaman