Najib Razak hari ini memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara tidak membenarkannya hadir persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu.

Permohonan itu difailkan melalui peguamnya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini pada jam 1 tengah hari, lapor Berita Harian.

Peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee langkah berkata Najib memohon dua perisytiharan dalam permohonan tersebut iaitu diberi kebenaran akses kepada pegawai parlimennya bagi menjalankan fungsi beliau sebagai ahli Parlimen.

“Permohonan kebenaran itu juga bagi perisytiharan beliau dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Rakyat,” katanya melalui aplikasi Whatsapp.

Isnin lalu, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dalam sidang media, berkata Jabatan Penjara menolak permohonan Najib untuk hadir pada persidangan Dewan Rakyat atas alasan faktor keselamatan.

Peguam itu berkata, Jabatan Penjara menolak permohonan anak guamnya yang dibuat pada 19 September lalu kepada Ketua Pengarah Jabatan Penjara.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *