Bekas perdana menteri, Najib Razak mendakwa “kluster mahkamah” adalah propaganda terbaru Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyerang Umno.

Najib berkata, propaganda dimainkan J-Kom kononnya mereka yang tersenarai dalam kluster mahkamah tidak mahu berbaik dengan Bersatu kerana ingin melepaskan diri.

‘Kluster mahkamah’ adalah antara propaganda yang digunakan Jkom untuk menyerang Umno yang tidak mahu berpakat dengan PPBM (Bersatu) dalam PRU-15 walaupun dari permulaan terbentuknya kerajaan PN, Umno telah dengan sangat jelas menyatakan pendirian ini.

“Kononnya mereka yang tersenarai dalam kluster mahkamah tidak mahu berbaik dengan PPBM sebab mahu melepaskan diri.

“Secara logik, mereka yang mahu melepaskan diri patut mengampu PPBM, bukan tidak sehaluan dengan kehendak PPBM,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Untuk rekod Najib dikaitkan dengan keputusan mahkamah yang mendapati bekas perdana menteri itu bersalah dalam skandal SRC International.

Najib juga turut dikaitkan dengan salah laku membabitkan skandal syarikat 1MDB dan sedang dibicarakan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *