Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menasihati menteri-menteri UMNO untuk kekal dalam Kabinet demi kepentingan rakyat dan negara.

Ini kerana, Perdana Menteri berkata, beberapa orang menteri dari UMNO memegang portfolio-portfolio penting yang berkaitan dengan fokus kerajaan pada masa ini.

“Justeru saya tidak mahu peletakan jawatan mereka dari Kabinet menjejaskan segala perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Alhamdulillah atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri UMNO akan terus kekal dalam Kabinet,” kata Muhyiddin dalam kenyataannya.

Menurut beliau, menteri-menteri UMNO telah menemuinya kelmarin, meminta nasihat mengenai kedudukan mereka dalam Kabinet berikutan keputusan Perhimpunan Agung UMNO bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

Muhyiddin memberi jaminan dengan kesepakatan yang dicapai itu, Kabinet akan berfungsi seperti biasa dan segala inisiatif kerajaan akan dilaksanakan seperti yang dirancang.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *