Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi yang meminta Abdul Hamid mendedahkan cerita sebenar empat kes iaitu:

1. Video Sandakan
2. Kenapa Jho Low gagal dibawa balik.
3. Kes Adib
4. Kes akuan bersumpah suami Dr Zeti di Singapura

“Apakah ada campur tangan politik? Hamid Bador sanggup dedah campur tangan politik dalam PDRM. Tolong dedah cerita sebenar kes kes di atas.

“Jasa mu akan dikenang. Selamat bersara,” kata Mohd Puad menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Kelmarin, Abdul Hamid mendedahkan wujud campur tangan politik melibatkan Menteri Dalam Negeri dalam pasukan polis.

Beliau juga mendakwa budaya lompat parti dalam kalangan pemimpin politik berlaku disebabkan rasuah.

Untuk rekod, ketika mempimpin PDRM di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), Abdul Hamid dilaporkan berkata pihaknya tidak dapat mengenalpasti individu dalam video seks sejenis di sebuah hotel di Sandakan.

Selain itu, tiada mana-mana suspek dikenalpasti melibatkan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim walaupun Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *