Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, menyeru supaya idea yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lalu dikaji semula, sambil berkata ia boleh dipromosikan dalam kempen pilihan raya berikutnya.

Dalam temu bual dengan FMT, beliau mengetengahkan idea “khemah besar”, di mana gabungan dasar parti politik berkepentingan akan berusaha untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat dan bukan hanya kepada kumpulan kaum tertentu.

Beliau sedang memperkenalkan “gerakan berpusat pada rakyat” yang mengusahakan “pembangunan berpusat pada rakyat”.

“Idea khemah besar yang dikemukakan PH adalah sesuatu yang menarik,” katanya, menggambarkannya sebagai alat untuk mendorong pelajar, profesional, kesatuan sekerja, persatuan perniagaan dan kumpulan lain “mempromosikan idea bahawa perubahan yang kita cari ini adalah berpusatkan rakyat”.

Santiago, Ahli Parlimen DAP selama tiga penggal, berkata hala tuju yang diambil PH ketika ini menjadikan idea itu dapat dilaksanakan kerana “orang tua itu sudah tidak lagi duduk di sana”, katanya merujuk kepada Dr Mahathir Mohamad, yang membentuk parti sendiri dan bukan sebahagian daripada PH.

Lebih-lebih lagi, katanya, PH tidak mempunyai lokus kuasa yang dikendalikan oleh “panglima perang”.

Beliau mendakwa, kini wujud kumpulan ahli politik yang terlibat dalam “elite capture”, menyaksikan kumpulan berlainan memanipulasi kumpulan lain agar dapat berkuasa. “Satu kumpulan menentang kumpulan lain, kumpulan kedua menentang kumpulan ketiga dan seterusnya.”

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *