Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa sidang media Datuk Seri Tajudddin Abdul Rahman semalam mengandungi banyak putar-belit serta bersifat masuk bakul angkat sendiri.

Beliau juga mendedahkan Tajuddin yang juga bekas MKT Umno itu banyak mengatur pertemuaan tertentu di rumahnya, serta ramai saksi hidup yang boleh mengesahkan perkara itu.

“Tetapi sidang media (Tajuddin) masuk bakul angkat sendiri itu banyak putar belit. Ramai tahu Tajuddin anjur banyak pertemuan di rumahnya.

“Kenapa pusing 200 darjah? Dia (Tajuddin) fobia bila disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ramai saksi hidup,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Mohd Puad, tindakan Tajuddin itu juga tidak ubah seperti beberapa pemimpin politik yang sanggup berpaling tadah kerana takut dengan siasatan SPRM.

“Tajuddin rupanya sama standard dengan Datuk Dr Xavier Jayakunar (kes rasuah), ADUN Tronoh (kes rogol). Dan Peter Anthony (rasuah). Semua jadi takut dan cair bila disiasat SPRM.

“Legasi kepahlawanan Pasir Salak memang hebat. Malangnya saksi hidup Pasir Salak moden cepat cair,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Puad membidas tindakan Tan Sri Annuar Musa yang dilihat menyokong Tajuddin kerana menjadi individu yang paling aktif menularkan dan ‘share’ kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

“Suka Annuar Musa dengan sidang media Tajuddin. Dia paling aktif ‘viral dan share’ laporan media terutamanya portal terhadap sidang media Tajuddin semalam.

“Pada Annuar itu bola tanggung untuk ‘smash’ Umno. Annuar kata tindakan terhadap Tajuddin akan timbulkan krisis. Memang Annuar mahu begitu. Sebab itu dia ‘viral dan share’,” katanya.

Semalam, Tajuddin dalam sidang medianya mendedahkan beberapa ‘rahsia’ dan hal dalaman Umno termasuk gerakan terancang pihak tertentu mewujudkan Akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, pendedahan itu dilakukannya sebagai saksi hidup berikutan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mendedahkannya kepada akar umbi.

Bahkan, Tajuddin juga mendakwa, beliau turut digesa menandatangani SD tersebut sehingga timbulnya isu jajaran baharu ketika itu. –

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.