Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di Perak membabitkan kawasan Kampar, Batang Padang dan Muallim sehingga jam 8 malam ini.

Selain itu, di Sarawak, ramalan sama dikeluarkan bagi kawasan Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan) serta Limbang, manakala Sabah pula membabitkan pedalaman iaitu Sipitang dan Beaufort.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam Facebook hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata berdasarkan analisis model-model cuaca, kawasan Semenanjung dijangka mengalami kurang hujan dan boleh mengakibatkan suhu lebih tinggi daripada kebiasaan, khususnya di negeri utara sehingga Ahad ini.

“Namun, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka masih boleh berlaku di barat Sabah dan Sarawak pada sebelah petang hingga ke malam.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *