Mesyuarat dewan tertinggi BN yang dijadualkan berlangsung malam ini dibatalkan tanpa penjelasan, menurut satu laporan.

Pada awal malam, Astro Awani membuat laporan berasingan yang memetik pemimpin parti komponen kanan BN yang tidak disebutkan namanya yang mengatakan pertemuan itu mungkin akan dibatalkan kerana beberapa pemimpin parti komponen tidak akan hadir mesyuarat tersebut.

“Pembatalan itu masih spekulatif. Ia bukan masalah kuorum. Kuorum mungkin mencukupi, tetapi ini lebih sebagai penghormatan antara pihak komponen.

“Kami ingin semua pihak bersama dalam pertemuan itu,” kata sumber tersebut.

Pemimpin tertinggi BN pada awalnya diharapkan dapat bertentang mata membincangkan ketidakpastian kedudukan gabungan itu pada pilihan raya akan datang.

Terdahulu, Majlis Tertinggi BN dijangka akan bermesyuarat malam ini susulan keraguan berhubung gabungan parti menjelang pilihan raya kelak.

PAU baru-baru ini juga bersetuju memberikan mandat kepada Zahid untuk menentukan bilakah tarikh yang tepat untuk menarik diri daripada kerajaan PN sekiranya Muhyiddin tidak memberi waktu jelas akan pelaksanaan PRU.

MIC juga telah menyatakan secara jelas ketika perhimpunan agung parti itu pada 3 April, bahawa pihaknya akan kekal menyokong Muhyiddin dan gabungan PN.

Bagaimanapun, parti itu kekal setia dengan BN dan gabungan itu juga akan memutuskan sama ada untuk mengikuti jejak Umno untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Sementar itu, tiada pendirian jelas dari MCA ketika perhimpunan agung parti itu pada 7 Mac lalu berhubung isu sama. Namun, terdapat resolusi bahawa parti itu akan bersama BN ketika PRU akan datang.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *