Kaherah: Menyedihkan apabila remaja yatim piatu maut selepas diseksa selama dua jam oleh majikannya di Mesir.

Ia selepas mangsa yang berusia 14 tahun itu menuntut upah hariannya sebanyak 50 pound Mesir (kira-kira RM13).

Media tempatan melaporkan remaja itu dikatakan bekerja di rumah penyembelihan ayam selama tujuh bulan sebelum kejadian,

Menurut siasatan awal, Saleh Tamer diseksa selama 120 minit yang berakhir dengan kematiannya di rumah sembelih terletak di kampung Mit Suhail di wilayah Sharqia.

Siasatan polis juga menunjukkan penyeksaan terhadap mangsa dimulakan ketika dia meminta upah hariannya daripada pemilik rumah sembelih itu, pada hari sebelumnya.

Remaja itu mengatakan dia tidak lagi dapat terus bekerja di situ kerana seseorang mengganggunya dan mendesaknya supaya bekerja tanpa rehat.

Atas alasan itu, suspek (pemilik rumah sembelih) mula memukul dan menyeksa mangsa dengan menggunakan api.

Akibatnya, remaja dikejarkan ke klinik berdekatan di mana doktor memberitahu mangsa koma dan mesti segera dibawa ke hospital untuk menyelamatkan nyawanya.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Pusat Al Saadin di Minya Al Qamh.

Menurut Akhbar Al Watan, laporan forensik menunjukkan remaja itu mengalami luka terbakar dan lebam pada bahagian badannya.

Sementara itu, pemilik rumah sembelih mendakwa pihaknya menemui mayat budak lelaki itu di depan rumah berkenaan.

Disiarkan pada: April 27, 2021 @ 7:05am

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *