19 jam yang lalu viral di media sosial gambar-gambar screenshot yang mendedahkan pengurusan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mewajibkan semua kakitangannya untuk memberikan like dan follow akaun media sosial Menteri, Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha (KKMM). 

Perbuatan ‘batak likes and followers’ ini sudah jelas sekali menunjukkan berlakunya pelanggaran privasi kakitangan KKMM.

Bagi yang tidak mempunyai akaun media sosial juga turut dipaksa untuk membuat akaun baru semata-mata untuk meningkatkan jumlah likes dan followers.

Sehingga ada yang terpaksa mewujudkan akaun palsu untuk memenuhi kehendak pihak pengurusan tertinggi.

Kakitangan KKMM yang telah melaksanakan arahan itu diarahkan pula untuk memberi URL tiga akaun media sosial masing-masing (Facebook, Instagram dan Twitter) bagi tujuan pemantauan di bawah Unit Komunikasi Korporat. 

Berdasarkan maklumat dalam gambar screenshot, arahan itu dikeluarkan kononnya bertujuan untuk memastikan penyampaian berkaitan pelaksanaan dasar, program, aktiviti dan kegiatan rasmi KKMM. 

“Apa hak Saifuddin Abdullah paksa seluruh staff kementerian dia supaya like media sosial miliknya dan timbalannya? Bukan setakat FB, malah IG dan Twitter juga.

“Semalam seorang sahabat foward kepada saya tangkap layar arahan ini. Saifuddin memaksa seluruh staff kementerian dia temrasuk semua agensi-agensi di bawah kementerian untuk like akaun FBnya dan juga timbalannya. 

“Sejak bila majikan berhak paksa pekerja mereka Like page mereka? Bukankah akaun media sosial pekerja adalah hak milik pekerja? Bukan majikan. 

“Malah, jika staff tersebut tidak mempunyai akaun media sosial, mereka diwajibkan pula membuka akaun-akaun tersebut. Mesti ada Facebook. Instagram dan Twitter. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *