ZAHEDAN: Pihak berkuasa Iran dilaporkan tetap melaksanakan hukuman mati terhadap tahanan yang sudah maut meninggal dunia sebelum hukuman dijalankan.

Menurut Iran Human Rights yang berpangkalan di Norway, Iran melaksanakan hukuman mati terhadap tahanan yang dikenali sebagai Nematullah Barahui yang didapati bersalah dalam kes dadah.

Nematullah pada awalnya dijadualkan menjalani hukuman mati bersama beberapa tahanan lain yang disabit kesalahan sama di sebuah penjara di sini.

Namun, tahanan itu dilaporkan maut ketika bertempur dengan pengawal penjara.

Selepas kematiannya, penjara Iran tetap melaksanakan hukuman mati terhadap mayat Nematullah supaya pengawal penjara yang terlibat dalam pertempuran dengannya sebelum ini dikenakan tindakan tatatertib.

Media tempatan juga melaporkan bahawa Nematullah maut sebelum menjalani hukuman mati.

Insiden pertempuran itu berlaku ketika Nematullah dikejutkan pada awal pagi dan dimaklumkan dia akan menjalani hukuman mati.

Disebabkan ketakutan, tahanan tersebut melawan dan bertempur dengan pengawal penjara menyebabkan dia dipukul dengan objek tajam pada lehernya.

Pukulan itu menyebabkan Nematullah maut.

Setakat ini, pihak berkuasa Iran tidak memberi kenyataan berhubung kes tersebut.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *