Presiden parti AMANAH negara menzahirkan rasa sedih dan terkejut apabila parti PAS digelar ‘pelacur’ oleh seorang tokoh negarawan hebat negara.

Ahli Parlimen Kota Raja itu merupakan mantan Timbalan Presiden PAS pada satu ketika dahulu berkata sepanjang beliau berjuang bersama PAS tidak pernah sekalipun mana-mana musuh politik menggelarkan PAS dengan gelaran yang sehina-hina itu.

Apabila beliau mengetahui PAS digelar sehingga begitu rupa, beliau terkesima dan hatinya sedikit tersentuh namun beliau bersyukur kerana sudah lama meninggalkan parti yang digelar ‘pelacur’ itu.

“Hina sungguh Ku Li hina PAS pelacur, dulu kami dalam pimpinan PAS tak pernah orang gelar seteruk begini”, ujar beliau.

Bagi beliau Presiden PAS juga merupakan individu yang juga suka menggelar dan melabelkan musuh politiknya.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar pihaknya rela dituduh pelacur dan parti (politik yang) kecil demi mempertahankan perpaduan ummah.

Menurutnya, tuduhan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman itu adalah bibit permusuhan dan perpecahan yang dicipta sebelum Perhimpunan Agung UMNO.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan melabel Pas sebagai ‘pelacur’ dan menggesa UMNO untuk menewaskan parti itu pada PRU15 akan datang sementara Tajuddin pula melabel Pas sebagai parti kecil.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *