Kuala Krau ; Mempunyai raut wajah seiras watak utama di dalam filem Mat Kilau, saudara Juhari Osman bakal di calonkan mewakili Pakatan Harapan di Parlimen Kuala Krau.

Kegigihan beliau dalam kerja-kerja amal kemanusiaan dan kebajikan adalah faktor yang bakal menyumbang kepada penambahan kerusi Pakatan Harapan di Pahang.

Juhari Osman merupakan aktivis kemanusiaan Parti Amanah Negara dan kini adalah Pengerusi Amal Relief Malaysia ( ARiF ) Beliau juga merupakan mantan Pengarah Unit Amal Malaysia suatu ketika dahulu.

Tinjauan kami mendapati kehadiran beliau disambut dengan penuh mesra oleh penduduk tempatan. Menurut seorang penduduk, yang dikenali sebagai Eddy “Abg Jo tidak asing bagi kami disini, ketika bencana banjir dia selalu turun membantu kami.”

“Saya menyokong penuh jika dia dicalonkan disini kerana dia akan mengangkat suara anak muda dan membela nasib peneroka Felda” Ujarnya lagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 Dato’ Sri Hj Ismail Bin Mohamed Said yang ketika itu mewakili BN menang dengan majoriti 2876 undi selepas menewaskan calon PAS Ustaz Hj Kamal Bin Ashaari dan Mohamad Rafidee daripada Pakatan Harapan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *