Pandemik Covid-19 yang melanda ketika ini telah menyebabkan kerajaan di hampir serata dunia menutup pintu sempadan selain melarang rakyat ke luar negara.

Terbaru, pelakon Sweet Qismina melontarkan pendapat menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter miliknya dengan mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan kerja ke negara jiran, Indonesia sejak semalam.

Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi menyatakan bahawa lawatan Muhyiddin adalah satu perkara yang tidak wajar terutamanya sewaktu tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang rakyat berbuat demikian.

Mana adil! PM boleh keluar negara, rakyat biasa dilarang!

Menurut pelakon berusia 24 tahun itu, abangnya adalah antara individu yang paling terkesan dengan larangan ke luar negara selepas setahun tidak pulang ke Indonesia untuk bertemu isterinya.

“Abang saya lama tidak jumpa isteri dia di Indonesia sejak tahun lepas. Dia baru kahwin.
“Tetapi Perdana Menteri kita boleh pergi sana macam itu saja. Patut minta beliau bawa abang saya bersama. Mana adil begini,” katanya di Twitter, semalam.

Pelakon drama Bidadari Salju itu menyifatkan tindakan Perdana Menteri berkenaan adalah tidak adil, kerana pemimpin itu boleh keluar negara sedangkan rakyat biasa, iaitu abangnya tidak dibenarkan berjumpa isteri walaupun sudah lama tidak berjumpa.

Terdahulu, Muhyiddin mengadakan lawatan kerja dua hari ke negara itu setelah menerima jemputan daripada Presiden Joko Widodo. Ia merupakan lawatan pertama sejak beliau diangkat sebagai Perdana Menteri pada tahun lalu.

Sumber: Twitter Sweet Qismina

By Ostad

One thought on ““Mana adil! PM boleh keluar negara, rakyat biasa dilarang.” Artis ini berani persoal Muhyidin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *