Ahli Parlimen tiga penggal di Shah Alam, Khalid Samad dari Amanah tidak asing lagi dalam persaingan dalam merebut kerusi pada setiap pilihan raya.

Namun nasibnya masih belum pasti apabila dihantar merebut kerusi Titiwangsa bagi meraih undi di sekitar kawasan itu.

Sebelum ini, Khalid menyandang kerusi Parlimen Shah Alam bermula 2008 ketika beliau masih bersama PAS.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Khalid berjaya mempertahankan Shah Alam itu dengan majoriti undi 33,849 meskipun meninggalkan PAS dan menyertai Amanah.

Timbul persoalan sama ada Khalid mampu memikat pengundi Melayu di Titiwangsa memandangkan kejayaan beliau selama ini dipilih menjadi wakil rakyat tidak begitu bergantung kepada undi Melayu.

Penduduk TItiwangsa berkata ini kerana pengundi di Titiwangsa tetap menganggap Khalid sebagai “orang luar” meskipun bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu merupakan nama besar dalam dunia politik negara.

Terdapat juga persepsi kononnya Khalid dihantar bertanding ke Titiwangsa sebagai usaha “menyembelih” karier politik beliau, namun pengarah komunikasi Amanah itu menepis tanggapan tersebut dan menegaskan keputusan dibuat parti adalah berdasarkan potensinya yang baik.

Namun begitu, pengundi Titiwangsa Maranon Mohd Ali, 59, berkata perkara ini mungkin sukar untuk Khalid memandangkan penduduk di situ tetap akan menganggap beliau sebagai “orang luar”.

Katanya, ditambah dengan prestasinya sebagai seorang menteri Kabinet yang disifatkan sebagai kurang memuaskan juga mungkin akan diterjemah menerusi undi warga Titiwangsa.

“Jika dia cemerlang di Shah Alam, tak mungkin Pakatan Harapan (PH) akan pindahkan dia ke sini,” katanya. MN

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *