Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dijadual berlangsung di bangunan parlimen petang ini dibatalkan dan belum ada tarikh baru ditetapkan.

Mesyuarat itu sepatutnya diadakan selepas pembangkang gagal menyekat Belanjawan 2021 pada bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat semalam.

Pembatalan itu juga berlaku tidak lama selepas Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bersama mengenai langkah ke depan pembangkang pagi tadi.

Dalam kenyataan itu Mohamad dan Lim mengingatkan agar PH tidak berharap kepada ahli parlimen dalam kerajaan untuk mengembalikan mandat yang mereka perolehi.

Sebaliknya PH wajar mencari persamaan dalam kalangan parti pembangkang untuk membentuk kerjasama lebih luas bagi menghadapi Perikatan Nasional.

Sebelum ini Presiden PKR merangkap Pengerusi PH mengumumkan dia memiliki sokongan mencukupi dan kukuh untuk membentuk kerajaan baru menggantikan PN.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.