2 jam lalu · Isu semasa

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara untuk mencabar keputusan Jabatan Penjara tidak membenarkannya menghadiri sidang Dewan Rakyat, lapor The Malaysian Insight.

“Tidak ada lagi sidang Parlimen untuk dia (Najib) hadir.

“Sudah jelas apabila Parlimen dibubar, penggalnya berakhir. Pemohon (Najib) bukan lagi ahli Parlimen,” kata Hakim Ahmad Kamal Md Shahid ketika membacakan penghakimannya pagi tadi.

Bulan lalu, Najib memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap kerajaan kerana tidak membenarkannya menghadiri sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan antara 3 Oktober hingga 29 November 2022.

Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun mulai 23 Ogos lalu selepas gagal mengetepikan sabitan dan hukuman kesalahan penyelewengan dana SRC International RM42 juta.

Perdana Menteri Ismail Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudiannya menetapkan 19 November 2022 sebagai tarikh pengundian dan penamaan calon ditetapkan 5 November ini. AD

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *