Di Amerika Syarikat beru-baru ini, seorang lelaki dilaporkan begitu terdesak untuk ponteng kerja selama satu hari sehingga dia tidak berfikir panjang dan sanggup melakukan penculikan palsu.
Ya! Tak cukup dengan itu, dia kemudian mengikat dirinya dan terbaring di tepi jalan sambil menunggu untuk diselamatkan apabila dijumpai oleh orang awam.
Pekerja kilang tayar yang dikenali sebagai Brandon Soules ilaporkan dijumpai dalam keadaan tangan yang diikat dan mulutnya yang ditutup dengan kain.
Ketika polis bertanya bagaimana dia berada di situ, dia pada awalnya mendakwa diculik oleh dua lelaki bertopeng yang memukulnya di kepala.
Dua lelaki itu kemudian mengikat ke dua-dua tangannya dan memasukkannya ke dalam kereta sebelum dihumban dekat sebuah menara air.
Agaknya apakah motif penculikan itu dibuat?
Hasil siasatan polis, lelaki itu mendakwa dia diculik kerana ayahnya ada menyimpan pelbagai wang yang tersembunyi di sekitar bandar.

Dengan kata mudahnya dia diculik untuk dijadikan tebusan! Tetapi pihak polis mendapati ada yang tidak kena dengan kisah yang diceritakan
Polis kemudian memeriksa rakaman CCTV di kawasan berhampiran dan menyoalnya sekali lagi.
Mungkin akibat kerana takut selepas banyak kali disoal siasat atau didedak, Brandon akhirnya mengaku bahawa semua apa yang dilakukan hanya rekaan semata-mata kerana dia tidak mahu bekerja pada hari tersebut.
Pegawai polis Mark Tercero memberitahu Brandon akhirnya ‘membuka mulut’ dan menceritakan tentang kisah yang sebenar pada pihak berkuasa.
Pada mulanya dia mengambil kain dan disumbat di dalam mulutnya. Selepas itu, dia menanggalkan tali pinggang yang dipakainya untuk mengikat tangannya pula.
Dia kemudian baring di atas tanah dan menunggu di tepi jalan supaya ada yang dapat melihatnya.
Akibat daripada perbuatan yang dilakukan itu, lelaki berusia 19 tahun itu akhirnya didapati bersalah kerana menipu pihak berkuasa dan telah disaman.
Lebih malang lagi, Brandon juga diberhentikan kerja oleh majikannya.
Sumber : abc15.com