PENGARAH filem Mentega Terbang, Khairi Anwar Jailani menerima ugutan daripada pihak tidak dikenali selain keretanya juga disimbah dengan cat merah dan hitam.

Khairi turut menerima nota bertulis “Lu dengan family mesti mati”.

Ugutan tersebut dipercayai berpunca daripada karya kontroversi miliknya yang mengundang rasa tidak senang ramai pihak kerana didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.

Dalam masa sama, dia turut menerima nota yang ditinggalkan di rumahnya berbunyi: “Islam pasti bangkit! #MentegaTerbang”, “Mentega Terbang, jangan cabar Islam”, “Ingat family selamat Mentega Terbang?” dan “Tengok lu punya langsi Mentega Terbang”.

Difahamkan, seorang pelakon filem tersebut turut terkena tempias kemarahan apabila kereta Arjun Thanaraju juga disimbah dengan cat merah dan asid.

Insiden tersebut berlaku di kediaman pelakon tersebut yang terletak di Ampang.

Filem Mentega Terbang tular selepas dikecam mengandungi babak didakwa seakan-akan mempersenda dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Filem berdurasi sejam 45 minit itu menjadi bualan hangat kerana mengandungi babak seorang bapa yang berfikiran terbuka apabila tidak menghalang anak memilih agama, di mana perbuatan itu bertentangan dengan Islam.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *