Lim Kit Siang menzahirkan rasa terkejut dengan dakwaan mengenai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput menyertai ‘Langkah Sheraton’. 

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa, perkara itu pertama kali didengarinya. 

“Ini kali pertama saya mendengar cerita Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput untuk membawa PKR menyertai Langkah Sheraton, namun Presiden PKR menolak tawaran untuk menyertai kerajaan baharu tersebut dan memilih untuk kekal setia dengan Pakatan Harapan (PH). 

“Versi yang diceritakan oleh Setiausaha Organisasi PKR yang juga merupakan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, dalam satu wawancara bersama dengan Malaysian Insight semalam adalah perkara baharu bagi saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kit Siang berkata, beliau berjumpa Anwar beberapa kali selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020, namun tiada sekali pun Anwar menceritakan seperti yang diceritakan oleh Nik Nazmi. – MP

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *