Veteran DAP Lim Kit Siang dan bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara 839 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Nik Aziz dan Lim dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM), anugerah persekutuan kedua tertinggi yang membawa gelaran “Tan Sri”. Mereka adalah antara 26 individu yang menerima anugerah itu tahun ini.

Yang lain termasuk Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul, dan dua bekas menteri persekutuan Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Anifah Aman.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *