Najib Razak akur dengan denda sebanyak RM3,000 yang dikenakan terhadap kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Bagaimanapun kerelaan itu tidak berlalu begitu saja. Sebaliknya ahli parlimen Pekan itu secara sinis ‘menembak’ kerajaan yang dirasakannya tidak berlaku adil.
Sambil memuat naik artikel yang berkait dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Najib mempersoalkan apakah tindakan kerajaan terhadap menteri yang melanggar SOP.
“Selepas saya mengaku salah, saya dikompaun RM3,000 sebab melakukan dua kesalahan langgar SOP Covid. Tidak imbas suhu badan, tidak ‘scan’ (imbas) MySejahtera.
“Saya akan bayar kompaun ini. Boss kedai nasi ayam itu pula kena denda RM10,000. Saya dan orang biasa akan disiasat polis dan didenda kerajaan.
Mengiringi hantaran itu ialah gambar Muhyiddin memasuki sebuah premis di Putrajaya untuk menghadiri dan mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor.
Ahli parlimen Pagoh itu dirakam berjalan tanpa memakai pelitup muka.
Terdahulu, polis mengeluarkan dua denda berbeza iaitu RM3,000 terhadap bekas Najib kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, manakala restoran nasi ayam yang dikunjunginya dikenakan kompaun RM10,000.