Seorang penceramah berdepan detik cemas apabila diserang seorang lelaki ketika memberi ceramah selepas solat Maghrib di sebuah surau di Taman Universiti di sini pada malam Ahad

Beliau berkata, suspek berusia 38 tahun itu berjaya ditahan dan pihaknya merampas pisau serta botol arak terbabit..

Jelasnya, siasatan mendapati suspek merupakan seorang penganggur dan juga orang dikehendaki berkaitan kes dadah.

Menurut Fariz, saringan air kencing dilakukan terhadap suspek mendapatinya negatif.

“Mahkamah Majistret Johor Bahru telah membenarkan suspek untuk direman selama empat hari sehingga 17 November ini,” ujar beliau.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati suspek tiada motif melakukan perbuatan tersebut selain berada di bawah pengaruh alkohol yang berlebihan sehingga hilang kawalan diri.

Selain itu katanya, pihak polis juga sudah merakamkan keterangan saksi-saksi di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan 352 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *