Seorang lelaki di Hong Kong memilih untuk bertunang dengan patung dan memberi iPhone 12 sebagai hadiah.

Xie Tianrong, yang tinggal bersama orang tuanya di Hong Kong, bertunang dengan ‘kekasihnya’ bernama Mochi pada awal Januari dalam satu upacara yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakannya.

Lelaki berusia 36 tahun itu mengaku dia tidak pernah menyentuh tunangnya malah tidak akan menciumnya kerana takut akan merosakkan kulit ‘kekasihnya’ itu.

Xie menerima patung tersebut dari China pada akhir 2019 dan kemudian menghabiskan seluruh masa dan perhatian kepada patung tersebut.

Menurut Xie, dia mengetahui bahawa dia tertarik kepada patung sejak sepuluh tahun yang lalu ketika dia melihatnya di sebuah kedai di Hong Kong.

“Patung tersebut berharga 80,000 yuan pada waktu itu, tetapi saya terpaksa melupakannya kerana saya tidak mampu membeli.

“Tetapi pada 2019, saya berjaya menjumpai patung silikon di internet dan harganya sekitar 10,000 yuan, jadi saya terus memesannya,” ujar Xie.

Jelas Xie, setiap malam apabila ingin tidur, Mochi akan duduk di kerusi di sebelah katilnya. Paginya, Xie akan memandikan patung itu dengan kain lembab kemudian menyapu bedak pada wajahnya.

“Saya menghormati Mochi dan hanya inginkan dia sebagai teman.

“Sebelum ini saya pernah memiliki kekasih manusia, tetapi sekarang saya hanya tertarik pada patung. Saya tidak pernah berhubungan seks dengannya,” kata Xie.

Lelaki ini berkata kekasih manusianya dahulu sering meminta sesuatu darinya, tetapi Mochi tidak pernah menuntut apa pun jadi dia lebih mudah untuk menjadi teman.

“Sebelum ini, ketika bersama kekasih lama, dia selalu akan menghabiskan masa dengan telefonnya tetapi Mochi tidak, dia akan memberi sepenuh perhatian kepada saya,” ungkap Xie.

Xie juga membelikan hadiah mahal seperti telefon dan pakaian cantik kepada Mochi supaya patung itu kelihatan cantik sebelum bergambar bersama Xie.

Patung itu sekarang memiliki lebih dari 20 set pakaian mahal dan 10 pasang kasut.

“Jika saya boleh menilai Mochi antara 1 hingga 100, saya akan memberinya 1000!

“Sejak dia pulang dan tinggal bersama saya selama lebih dari setahun, saya tidak pernah berasa stres tetapi selalu bahagia,” ujar Xie lagi.

Rasa cinta Xie pada patung silikon itu begitu kuat sehingga membawanya ke kilang dan memberi Mochi kepala silikon tambahan sebagai hadiah.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *