Sebentar tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan Tengku Adnan bersalah dalam kes melibatkan rasuah bernilai RM2 juta.

Tengku Adnan atau lebih dikenali dengan gelaran Ku Nan adalah bekas menteri wilayah persekutuan dan telah menerima rasuah sebanyak RM2 juta sewaktu memegang jawatan terbabit.

Wang itu diterima dari seorang ahli perniagaan bernama Tan Sri Chai Kin Kong yang merupakan Pengarah AKSB dan bayaran menggunakan cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat tersebut.

Kemudian ia didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *