KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin dipecat keahliannya dari UMNO, malam ini.

Turut dipecat Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Sumber parti memberitahu, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam ini.

Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan digantung keahliannya.

Hishammuddin dan Shahril mengikuti senarai pemimpin terbaru yang digantung, selepas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar memaklumkan menerima keputusan sama malam ini.

Turut digantung keahlian selama enam tahun, Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Beliau juga menjelaskan, semua tindakan disiplin yang dikenakan juga sudah mengikut saranan Lembaga Disiplin UMNO.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ahli MT, Datuk Puad Zakarshi menerusi facebooknya berkata pembersihan total telahpun dilakukan.

Menurutnya, mereka yang dipecat ialah KJ dan Noh Omar. Manakala digantung keahliannya selama 6 tahun Hishamuddin Hussien, Fathul Bahri, Shahril Hamdan, Maulizan Bujang dan Salim Sharif.

Katanya, semuanya atas cadangan Lembaga Disiplin.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *