PAS sedia menawarkan tempat kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman untuk menyertai parti itu bila-bila masa untuk kelangsungan karier politiknya.

“Siapa sahaja boleh sertai PAS (termasuk Tajuddin). Kita boleh dan akan terima Malah pada satu program di Kedah baru-baru ini, kira-kira 12,000 ahli baharu didaftarkan termasuk pengundi baharu.

“Kita akan lihat potensi sokongan yang ada,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan hari ini.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli ditemui media selepas menutup kursus Malim Gunung Perhutanan (MGP) anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di Kampar.

Takiyuddin mengulas tawaran PAS Perak kepada Tajuddin supaya mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setelah digugurkan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno minggu lalu.

Terdahulu hari ini, Tajuddin dalam satu sidang media khas menyifatkan kenyataan PAS Perak yang sedia menawarkan kerusi Pasir Salak kepadanya bagi mewakili parti itu pada PRU15, sebagai idea yang baik.

“Boleh dipertimbangkan… not a bad idea, tapi tak adalah (sertai PAS),” katanya secara berseloroh. MP

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.