Sebelum Korea main kotor masa Piala Dunia 2002, Malaysia dah kena dulu dah ketika Kelayakan Piala Dunia 1986. Korea punya main kotor ni sampai impian Malaysia untuk layak ke Piala Dunia buat kali pertama musnah.

Apa yang Korea buat sebenarnya?

Dalam kumpulan 3A, Malaysia hanya perlu mencatat keputusan seri menentang Korea untuk layak ke peringkat kedua Kelayakan Piala Dunia 1986. Bagi Korea, deme tak boleh kalah kali kedua dekat tempat sendiri selepas tewas di Kuala Lumpur.

Dekat sinilah Korea mula main kotor. Belum pun perlawanan bermula, media Korea terus tuduh Malaysia ni bukan-bukan. Kita macam biasalah, kekal rilek je.

Tapi deme pulak yang sakit hati sebab tiba-tiba Mokhtar Dahari umum nak keluar dari persaraan bagi menewaskan Korea. Mengelabah terus Korea ni sampai deme terpaksa panggil Cha Bum-kun yang duduk dekat Jerman tu balik.

Bukan setakat tu, bila skuad kebangsaan sampai dekat Seoul terus kena maki hamun dengan orang Korea. Nasib baik mental pemain Malaysia sangat kuat. Ingatkan dah habis, rupa-rupanya Korea bagi skuad Malaysia duduk dekat hotel yang sangat buruk.

Dengan bantuan kedutaan Malaysia dekat sana, skuad kebangsaan dapat tukar hotel yang selesa sikit. Turun je latihan, kejutan berlaku. Sebab Korea bagi padang paling buruk kepada Malaysia. Dia punya buruk dah serupa bendang, habis berlumpur satu badan. Dah lah tak bagi padang, nak berlatih dekat stadium pun tak boleh.

Malaysia masih boleh bertahan lagi. Memasuki perlawanan rasmi di Chamsil Olympic Stadium, ada benda pelik berlaku. Sebab Korea telah melantik Shizuo Takada sebagai pengadil perlawanan. Memang rama jangka perlawanan tu akan berat ke Korea.

Buktinya pengadil terus buat keputusan yang pelik-pelik. Bayangkan je lah seawal 20 minit pertama, Malaysia dah ketinggalan 2-0. Padahal Malaysia yang menguasai perlawanan. Tapi masa tu peminat bola sepak tanah air anggap penjaga gol Malaysia menjadi punca bolos sampai dua.

Memasuki separuh masa kedua, Mokhtar Dahari yang hilang taringnya telah digantikan oleh Dollah Salleh. Kemasukan Dollah Salleh telah ubah rentak permainan Malaysia sehingga berjaya menjaringkan gol pertama.

Sayangnya jaringan itu dibatalkan oleh pengadil Jepun. Tak lama lepas Azizul Abu Hanifah dapat jaringkan gol. Itu pun kena batal juga sebab katanya tak lepas garisan. Menyirap betul Malaysia masa tu. Sebab keputusan seri boleh bawak Malaysia ke peringkat seterusnya.

Paling gila sekali adalah media Korea telah tuduh Azizul Abu Hanifah bawak tangkal ke padang untuk tewaskan deme. Selepas perlawanan, impian Malaysia untuk ke Piala Dunia terus terkubur.

Bayangkan jika Korea tak main kotor masa tu, mungkin kita yang ada dekat tempat deme sekarang. Mungkin juga kita dapat lihat Faisal Halim yang beraksi dengan Tottenham Hotspurs pada hari ini.

Oleh Azmil Azali

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *