SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyelar kenyataan penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bahawa ahli parti itu perlu undi Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu tidak layak memberi nasihat kepada ahli PAS kerana Mohd Khairuddin bukan lagi ahli parti itu.

“Dia tidak layak nasihat ahli PAS sebab dia bukan ahli.

“Dia kini orang asing bagi PAS,” katanya mengulas saranan Mohd Khairuddin supaya pengundi PAS memilih calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau dilapor berkata, ini bagi mengelak kemudaratan lebih serius apabila ‘membenarkan’ Pakatan Harapan (PH) berada di tampuk pemerintahan negara.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, PAS dijangka bertanding di 60 kerusi Parlimen dengan menyasarkan kemenangan 40 daripada kerusi berkenaan pada PRU15.

Menurutnya, senarai calon sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan di peringkat negeri pada Rabu ini.

“PAS menampilkan 10 peratus calon wanita selain akan merehatkan beberapa penyandang kerusi bagi memberi laluan kepada muka baharu,” katanya.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu turut membayangkan akan mempertahankan kerusi berkenaan. – 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *