KUALA LIPIS, PAHANG 2 Mei – Dua m4ut dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Jalan Benta-Lipis, petang tadi.
Difahamkan kemalangan itu berlaku selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah Kelantan menuju ke ibu negara terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori dan pacuan empat roda.
Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas dihubungi orang awam.
Mangsa maut, Allahyarham Mohd Zubairy Abdullah, 46 tahun, adalah Ketua Unit Saluran Berita RTM yang memandu MPV dan seorang lagi yang m4ut, pemandu lori.
Berdasarkan maklumat awal, terdapat lima penumpang dalam MPV dan seorang daripadanya cedera p4rah.
Mereka semua dipercayai mempunyai pertalian persaudaraan.
Kelindan lori yang membawa muatan kelapa itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemandu pacuan empat roda yang turut terbabit dalam kemalangan itu juga tidak cedera.