Jawatankuasa Pengurusan Nasional Parti Amanah Negara memecat keahlian Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Datuk Phalrolrazi Mohd Zawawi berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan itu dibuat berasaskan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2(b) kerana Phalrolrazi didapati telah melanggar Perlembagaan parti.

Phalrolrazi juga didapati mengingkari keputusan-keputusan parti dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Serentak dengan keputusan ini, Datuk Dr Ismail Bin Salleh, Timbalan Pengerusi Amanah Kedah akan menjalankan tugas-tugas pengerusi.

”Kedua-dua keputusan di atas berkuatkuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan barisan kepimpinan Amanah Kedah didakwa akan memboikot calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Jerai pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *