Yang Dipertuan Agong menitahkan agar kerajaan perpaduan yang melibatkan semua pihak termasuk kaum, agama dan juga wilayah Sabah dan Sarawak dibentuk sejak dahulu lagi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Yang Dipertuan Agong sejak dahulu menitahkan agar kerajaan perpaduan dibentuk samada semasa (Datuk Seri) Ismail Sabri membentuk kerajaan dan juga semasa (Tan Sri) Mahiaddin. Tetapi mereka tidak patuh.

“Saya akan patuh titah Tuanku,” kata Pengerusi Pakatan Harapan itu ketika menjawab soalan pihak media selepas menghadap Yang DiPertuan Agong di Istana Negara petang ini.

Menurut Anwar, sehingga kini tidak ada sebarang keputusan dibuat tentang siapa yang akan dilantik oleh Agong sebagai perdana menteri.

Ketika manghadap, Anwar menyampaikan surat-surat berkaitan yang memaklumkan cadangan Pakatan Harapan agar Anwar menjadi perdana menteri.

Anwar masih menegaskan beliau mempunyai bilangan yang cukup dan tidak berbangkit kerajaan minoriti.

Turut menghadap Agong bersama Anwar adalah Mahiaddin dan juga Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Mahiaddin paling awal dilihat keluar dari Istana Negara dan tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *