PUTRAJAYA: Kerajaan akan membenarkan penjualan mercun dan bunga api dalam masa terdekat termasuk garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pemborong dan pengimport.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, jika ia dapat dilaksana, garis panduan jualannya berkuat kuasa pada Hari Raya Aidilfitri ini.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperincikan garis panduan berkenaan. Kami juga akan menyerahkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) bagi menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar oleh pengimport mercun dan bunga api.

“Secara dasarnya Kabinet telah bersetuju semalam (membenarkan perjualan mercun dan bunga api,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jalinan Muhibah Tahun Baharu Cina 2023, di sini hari ini

Katanya, garis panduan itu kelak akan membantu mengawal aktiviti penjualan bunga api dan mercun di peringkat sumber iaitu pemborong dan pengimport. – UTUSAN

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *