PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno semalam akan membawa kebaikan kepada parti dan negara.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata semua perkara yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut dibuat secara bersama oleh ahli MKT Umno.

“Alhamdulillah. Selesai sudah… mesyuarat MKT malam ini.

“Moga keputusan bersama yang diambil akan membawa kebaikan kepada parti dan Malaysia keseluruhannya.

“Umno akan terus kekal berjuang untuk semua,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Malam tadi, ahli MKT Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi memaklumkan mesyuarat memutuskan untuk memecat dua ketua wanita bahagian dan seorang ketua bahagian.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan mereka yang bakal dikenakan tindakan disiplin.

Katanya, keputusan untuk memecat tiga individu  berkenaan dibuat kerana mencemuh parti dan presiden.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *