Penularan COVID-19 semakin pantas pada masa ini dengan ribuan kes dilaporkan setiap hari.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan kesilapan  yang sering dilakukan sekaligus menyumbang kepada penyebaran virus COVID-19.

Kesilapan tersebut adalah berkomunikasi tanpa pelitup muka antara individu rapat seperti rakan sepejabat, rakan karib dan ahli keluarga.

Susulan itu, KKM mengingatkan kita agar sentiasa memakai pelitup muka bagi melindungi diri dan keluarga kita.

Setakat 10 Januari 2021, Malaysia mencatatkan 135,992 kes, mengatasi negara China yang mempunyai sekitar 87,536 kes sahaja

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *