Kerajaan akan terus mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) menangani kenaikan kos.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, selain memberi subsidi, kerajaan turut menghulurkan bantuan tunai terus kepada golongan sasar.

“Kerajaan telah memberikan rakyat bantuan kewangan secara langsung untuk membantu mereka mengatasi kenaikan kos barangan keperluan.

“Oleh demikian, kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada mereka (pengguna). Berbanding dengan rakyat dari negara lain, mereka di sana lebih teruk keadaannya daripada kita.

“Dalam kes kita, kerajaan kita masih mempunyai keupayaan untuk membantu rakyat dan kita akan terus mencari jalan untuk membantu rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pengeluaran Benih Padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lahar Bubu di sini pada Jumaat.

Nik Muhammad Zawawi berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan mengkaji semula harga siling ayam standard yang ditetapkan ketika ini pada RM9.40 sekilogram.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.