Kementerian Pendidikan akan mengumumkan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dari tarikh pembukaan sekolah sekiranya institusi pendidikan itu sedia untuk dibuka semula secara bersemuka.

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, permakluman mengenai keputusan pembukaan semula sekolah akan dibuat mengikut ketetapan yang dilakukan sebelum ini.

“Ada yang bertanya tentang status pembukaan semula sekolah bagi sesi bersemuka untuk murid bukan kelas peperiksaan.

“Sepertimana dinyatakan sebelum ini, permakluman keputusan pembukaan semula sekolah secara bersemuka akan dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah dibuka,” katanya dalam ciapan di Twitter pada Ahad.



By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *