Seperti yang dimaklumkan pihak polis semalam, jenazah adik Amir akan dikebumikan hari ini dan diuruskan waris kandung Amir.

Menurut kakak angkat allahyarham, jenazah akan dikebumikan di Jasin, Melaka selepas pihak keluarga kandungnya tidak memberi keizinan untuk dibawa ke Rawang.

Jenazah diserahkan kepada waris

Namun begitu, hasrat keluarga angkatnya yang ingin membawa pulang jenazah adik Amir pulang ke Rawang, Selangor dan dikebumikan disana tidak kesampaian selepas jenazah diserahkan kepada waris.

Menurut kakak angkat allahyarham, jenazah akan dikebumikan di Jasin, Melaka selepas pihak keluarga kandungnya tidak memberi keizinan untuk dibawa ke Rawang.

Setakat ini, laporan daripada bedah siasat belum diperoleh dan pihak keluarga angkat memohon agar orang ramai dapat mendoakan urusan pengebumian dipermudahkan pada hari ini. Mereka juga menyerahkan segala urusan berkaitan kes kepada pihak polis.

Mohon doakan ummi kuat

Dalam pada itu, mereka juga berharap warganet sudi mendoakan kekuatan ibu mereka kerana wanita itu begitu sedih dengan keputusan tersebut berikutan hasrat menbawa pulang jenazah Amir tidak kesampaian.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *