Kerajaan Kelantan menyokong supaya nilai kompaun lebih tinggi dikenakan kepada pesalah yang ingkar prosedur operasi standart (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, cadangan menerusi pelaksanaan pindaan Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 itu bertepatan dengan keperluan semasa termasuk jumlah kompaun maksimum RM1,000 di bawah akta berkenaan.

“Pindaan supaya kompaun dinaikkan lagi wajar dibuat dan saya bersetuju.

“Kita sebenarnya bukan nak sangat kompaun rakyat, tetapi supaya timbul rasa tanggungjawab sekiranya kompaun dinaikkan ke nilai yang lebih tinggi,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.