Pemuda Pakatan Harapan (PH) menjelaskan isu gambar bendera Palestin terbalik ketika protes kejejaman Israel dan menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur semalam adalah berpunca daripada kekeliruan pihak media. 

Ketua Pemuda PH, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata pada awalnya bendera Palestin itu dipegang dalam keadaan betul, namun berlaku kekeliruan ketika pihak media ingin merakamkan gambar. 

‘Awalnya kami pegang bendera betul dah. Sewaktu beberapa orang daripada kumpulan wartawan mahu mengambil gambar, ada seorang daripada mereka menegur untuk ‘membetulkan’ bendera yang telah kami pegang. 

“Tanpa sebarang prejudis dan menyangka pada waktu itu memang kami terkhilaf, maka warna hijau itu pun dinaikkan ke atas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya, gambar berkenaan kini menjadi tular dan pihaknya perlu menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. 

“Maka ditularkanlah gambar yang salah itu ketika ini, tanpa disekalikan dengan dengan gambar asal dan video ‘pembetulan’ yang telah memangsakan kami sebagai pihak yang ‘salah. 

“Mohon ditularkan penjelasan jujur ini,” katanya. 

Semalam Pemuda PH mengadakan protes dan penyerahan memorandum di Kedutaan AS dengan diketuai Shazni Munir. 

Dalam memorandum bantahan itu, Pemuda PH membuat tiga tuntutan iaitu memastikan Israel mematuhi gencatan senjata; menyeru AS menyemak semula hubungan diplomatiknya dengan Israel dan menghentikan penjualan senjata api dan dana ketenteraan kepada Israel.

Selain mendesak Presiden Joe Biden membuktikan kepada rakyat Amerika dan dunia, bahawa kepimpinannya percaya dan mempertahankan hak asasi manusia. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *